Saturday, August 10, 2013

Rooney ganti Suarez?

Liverpool FC sedang dalam dilema untuk menghadapi musim 2013-2014 apabila penyerang utama dan sensasinya Luis Suarez bertekad untuk berpindah ke Kelab lain yang layak bermain dalam Champion League musim hadapan.

Arsenal menjadi penbida utama setakat ini yang menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut dengan tawaran harga kira-kira 40 juta pound. Liverpool pula bertegas tidak mahu menjual pemain tonggak utama lebih-lebih lagi Liverpool dalam fasa untuk mengembalikan kegemilangan pencapaian pasukan yang agak merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Brendan Rogers jurulatih Liverpool yang masuk tahun kedua melatih Liverpool optimis dengan masa hadapan Liverpool dan telah mensasarkan pencapaian top 4 untuk musim ini . 3 anak tangga lebih tinggi dari pencapaian tangga ketujuh musim lepas.

Target ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya Liverpool kehilangan Suarez. Walaubagaimanapun,
persoalannya adakah Liverpool ingin mengekalkan beliau sekiranya pemain itu sendiri tidak menunjukkan minat untuk kekal bersama Liverpool. Mengikut pemain  lagenda Liverpool yang baru bersara baru-baru ini Jamie Carragher, Suarez dilaporkan sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak berminat bermain dengan Liverpool apabila beliau kurang menunukkan komitmen semasa sesi latihan. Beliau dikatakan tidak meminta bola dan kurang 'ghairah' semasa sesi latihan.



Pada pandangan saya, Liverpool perlu bersikap praktikal dalam menghadapi situasi ini, walaupun isu loyalty (ketaatan) kepada kelab merupakan nilai etika yang amat ditekankan bagi kelab segah Liverpool, kepentingan individu juga perlu diambil kira.

Suarez telah berumur 26 tahun dah sebagai seorang penyerang, beliau mempunyai lebih kurang 4 tahun sahaja lagi untuk bermain secara kompetitif dan sekiranya beliau kekal bersama Liverpool, beliau perlu menunggu  setahun lagi untuk bermain di Champion League - itupun Kalau Liverpool layak dan sekiranya itu berlaku, Suarez akan bermain Champion League semasa berumur 28 tahun.

Selain daripada itu, Suarez telah digantung 10 perlawanan untuk musim ini kerana mengigit pemain Chelsea - Ivanovic pada perlawanan liga musim lepas. Ini merupakan satu kerugian yang agak besar bagi mana-mana kelab.

Mengambil kira faktor-faktor tersebut, saya berpandangan Liverpool perlu segera melepaskan Suarez dan mendapatkan Rooney yang sudah tidak berminat bermain dengan MU lagi.

Walaupun Rooney pernah/masih bermain dengan dua musuh utama Liverpool - Everton dan Manchester United, faktor tersebut perlu ditolak ketepi. Ini kerana Rooney mengidamkan tempat dalam kesebelasan utama yang mana ia boleh ditawarkan oleh Liverpool. Satu faktor menarik lagi ialah isteri Rooney - Coleen Rooney  berasal dari Liverpool!

1 comment:

  1. assalamualaikum. saya amat mengalu2kan saudara hairul untuk menjadi sebahagian daripada kami untuk mengendalikan blog Kelab Peminat Liverpool Malaysia . oleh itu, saya harap saudara dapat memberi email (gmail) kepada saya untuk saya submit sbg admin.

    sebrang pertanyaan saudara boleh juga pm saya di FB sale'ehs Gerrard

    email : kp.liverpoolmalaysia@gmail.com

    ReplyDelete