Rekod pertemuan Liverpool dengan pasukan Stoke City pada musim lepas adalah tidak memberangsangkan dimana Liverpool tumpas 1-3 di tempat lawan dan hanya mampu seri 0-0 di Anfield.
Pada musim lepas, Liverpool memulakan perlawanan pembukaan dengan langkah kiri apabila tunduk 0-3 kepada West Brom ditempat lawan . Keputusan itu menunjukkan bahawa jurulatih baru Liverpool pada masa itu - Brendan Rogers menghadapi tugas yang amat berat dan berliku untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool FC. Menambahkan lagi keperitan , Liverpool tunduk kepada West Brom yang dibimbing oleh bekas urulatih Liverpool - Steve Clarke.
Bagi musim ini, Liverpool telah membeli beberapa pemain baru antaranya - Kolo Toure (pertahanan tengah), Luis Alberto (Penyerang/Tengah), Iago Aspas (Penyerang) dan Simon Mignolet (Penjaga Gol). Pemain -pemain ini diharap dapat menyuntik semangat baru kepada pasukan Liverpool untuk memperbaiki persembahan dan prestasi pasukan.
Walaubagaimanapun perlu diingat, Liverpool akan turun tanpa penjagagol berpengalaman - Pepe Reina yang dipinjamkan ke Napoli dan juga tanpa Luis Suarez yang digantung 10 perlawanan atas kesalahan mengigit pemain Chelsea - Ivanovic pada musim lepas. Selain daripada itu, Steve Downing juga dalam proses perpindahan ke West Ham.
Melihat kepada pasukan Stoke City pula, Liverpool perlu memberi perhatian terhadap pemain penyerang mereka Jack Walters dan Kenwyne Jones yang menjadi pemusnah utama Liverpool semasa tunduk 1-3 pada musim lepas. Stoke menduduki tangga ke-13 liga berbanding Liverpool ditangga ke tujuh pada musim lepas.
Selain daripada itu, Liverpool bakal berhadapan dengan tiga bekas pemainnya iaitu Charlie Adam, Jermaine Pennant, dan penyerang tinggi lampai - Peter Crouch. Charlie Adam yang bermain dengan pasukan Stoke sejak musim lepas juga pasti ingin mengulang kejayaan membantu 'memalukan' bekas pasukannya di Anfield. Berdasarkan rekod lepas, beliau pernah menjaringkan gol dan membantu bekas pasukannya Blackpool mengalahkan Liverpool di Anfield pada musim 2010-2011.
Walaubagaimanapun saya yakin Liverpool mampu untuk menang untuk aksi kali ini. Ini kerana Liverpool dengan gandingan pemain-pemain muda yang lincah seperti Couthinho, Sturridge, Aspas, Luis Alberto dan Sterling dengan bantua pemain berpengalaman seperti Gerrard, Lucas, Agger dan Toure, mampu untuk memporak perandakan Stoke lebih-lebih lagi apabila bermain di Anfield dengan sokongan the 12th Man - The Kopites!
Barisan Ramalan Saya
Penjaga Gol : Simon Mignolet
Pertahanan : Agger, Toure, Johnson, Enrique
Tengah : Gerrard, Lucas, Sterling, Coutinho
Penyerang : Sturridge, Aspas
Ramalan saya:
Liverpool : 3 - Stoke City : 1
No comments:
Post a Comment