Arsenal menjadi penbida utama setakat ini yang menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut dengan tawaran harga kira-kira 40 juta pound. Liverpool pula bertegas tidak mahu menjual pemain tonggak utama lebih-lebih lagi Liverpool dalam fasa untuk mengembalikan kegemilangan pencapaian pasukan yang agak merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Brendan Rogers jurulatih Liverpool yang masuk tahun kedua melatih Liverpool optimis dengan masa hadapan Liverpool dan telah mensasarkan pencapaian top 4 untuk musim ini . 3 anak tangga lebih tinggi dari pencapaian tangga ketujuh musim lepas.
Target ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya Liverpool kehilangan Suarez. Walaubagaimanapun,
persoalannya adakah Liverpool ingin mengekalkan beliau sekiranya pemain itu sendiri tidak menunjukkan minat untuk kekal bersama Liverpool. Mengikut pemain lagenda Liverpool yang baru bersara baru-baru ini Jamie Carragher, Suarez dilaporkan sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak berminat bermain dengan Liverpool apabila beliau kurang menunukkan komitmen semasa sesi latihan. Beliau dikatakan tidak meminta bola dan kurang 'ghairah' semasa sesi latihan.