Friday, August 23, 2013

Preview : Aston Villa vs Liverpool

Sabtu ini (24 Ogos), Liverpool akan bertemu Aston Villa ditempat lawan untuk perlawanan Liga Perdana Musim 2013/2014. Ini merupakan perlawanan kedua bagi Liverpool dan ketiga bagi Villa bagi kempen Liga musim ini. Untuk rekod, Liverpool dikejutkan oleh Aston Villa dengan kekalahan 1-3 di Anfield  pada musim lepas.  Keputusan ini amat mengejutkan kerana pertemuan sebelum itu pada musim yang sama, Liverpool telah mengalahkan Aston Villa 2-1 ditempat lawan.



Bagi pertemuan Sabtu ini, Liverpool mempunyai sedikit kelebihan kerana Aston Villa telah bermain dua perlawanan dalam tempoh lima hari ( Arsenal, Chelsea)  manakala Liverpool  tidak bermain di pertengahan minggu ini dan mempunyai tempoh 7 hari untuk membuat persediaan menentang Villa.  Brendan Rogers semestinya mengambil kesempatan ini untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai taktik permainan Villa semasa menentang Chelsea.

Corak Permainan Aston Villa

Penjaga Gol

Brad Guzan merupakan penjaga gol yang baik dan telah beraksi cemerlang setakat dua perlawanan menentang Arsenal dan Chelsea. Walaupun sebagai penjaga gol, ini tidak menghalang  beliau untuk kerap membuat hantaran kepada penyerang dan midfield Villa melalui  sepakan terus dan balingan jarak jauh ke attacking third area .




Pertahanan

Aston Villa dan Newcastle berkongsi statistik buruk iaitu pasukan yang paling banyak bolos gol pada musim lepas ( 68 gol). Walaubagaimanapun, Villa telah membuat perubahan besar di bahagian pertahanan dengan membeli beberapa pemain baru. Ini merupakan area yang boleh dieksploitasi oleh Liverpool kerana pemain-pemain  pertahanan  mereka sudah tentu akan mengambil masa untuk membentuk persefahaman jitu.

Penyerang

Menentang Villa, Liverpool perlu memberi tumpuan utama terhadap dua key players Villa iaitu penyerang - Christian Benteke dan playmaker - Agbonlahor. Benteke menjadi pemusnah utama Liverpool pada pertemuan musim lepas di Anfield dimana beliau menyumbatkan dua gol dan membuat kombinasi one-two dengan Weimann untuk membantu rakannya itu  menyumbat satu lagi gol untuk Villa.  Benteke juga menunjukkan prestasi beliau semakin meningkat apabila menjaringkan dua gol untuk memusnahkan Arsenal di tempat lawan pada perlawanan pembukaan musim 2013/2014. Beliau turut menjaringkan satu gol semasa Villa tunduk 1-2 menentang Chelsea ditempat lawan pada Rabu lepas.

Benteke adalah pemain utama Villa pada musim lepas dan juga musim ini. Beliau masih muda ( 22 tahun), kuat dan mempunyai penyudah tajam. Pertahanan tengah Liverpool iaitu Agger dan Toure perlu mengawal ketat pemain ini. Toure yang kelihatan lebih sasa ( berbanding Agger) dirasakan amat sesuai untuk man mark Benteke manakala Agger sebagai back up untuk mengekang penyerang Villa tersebut sekiranya Toure ditewaskan dengan kepantasan Benteke yang jauh lebih muda.

Agbonlahor pula merupakan playmaker yang mendapat pujian utama oleh jurulatih Villa - Paul Lambert. Menurut beliau, pemain Arsenal gagal mengekang kelincahan Agbonlahor pada aksi pertama tersebut dimana Villa menang 3-1.


 Formasi Aston Villa

Aston Villa mengunakan formasi 4-3-3 semasa menentang Arsenal dan Chelsea. Formasi  ini merupakan formasi menyerang dan dalam kes Villa, serangan mereka tertumpu dibahagian sayap.

Villa  memberi tumpuan kepada seorang penyerang  ( all out striker) yang menjadi focal point pasukan. Dalam kes ini, Christian Benteke adalah penyerang yang dimaksudkan.


Style permainan Villa

 Kekuatan

Statistik menunjukkan Villa mengamalkan permainan berbentuk serangan balas pantas dan menyerang melalui sayap. Penyudah penyerang mereka -  Benteke,  amat berbisa.

Kelemahan

Pertahanan mereka nampak lemah dalam menangkis hantaran tinggi kedalam petak gol. Dua gol yang mereka bolos setakat ini adalah dari hantaran jauh lawan .

Penyerang Villa kerap terkena perangkap off-side

Mereka kurang menguasai kawalan bola ( possesion) kerana mereka banyak bermain corak serangan balas pantas melalui sayap  dan mereka kerap melakukan hantaran jauh ( termasuk hantaran dari penjaga gol!).


Sumber statistik : whoscored.com


Strategi Pertahanan Liverpool untuk menentang Villa.

* Man mark Christian Benteke - dengan dua pertahanan tengah - Toure dan Agger. 

* Kekang playmaker - Agbonlahor.  Pemain ini perlu dikekang sepanjang masa sebelum dia memporak perandakan pasukan Liverpool dengan kepantasan dan kelincahan beliau. Seorang pemain yang mempunyai larian pantas, dan agak lasak (robust). Seperti yang dinyatakan oleh Paul Lambert - jurulatih Villa selepas kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada perlawanan pertama, he is "unplayable". Jadi antara strategi utama Liverpool ialah untuk mengekang Agbonlahor.

 Pemain-pemain  Liverpool seboleh-bolehnya cuba  memastikan bola tidak berada lama dikaki Agbonlohor kerana dia merupakan play-marker utama dalam merancang serangan selain. Beliau turut mempunyai  penyudah yang tajam.

* Beri perhatian  juga terhadap midfielder Villa - Weimann dan Fabian Delph yang turut kerap melancarkan serangan dan membuat hantaran kearah Benteke dan Agbonlahor. Weimann juga mampu menjaringkan gol melalui percubaan-percubaan berbahaya.

Strategi Menyerang Liverpool

* Kekalkan kombinasi serangan Coutinho - Aspas, Sterling dan Sturridge dibantu oleh serangan dari sayap oleh - Johnson (kanan) dan Enrique (kiri).

Pemain berpengalaman Liverpool - Gerrad perlu menjalankan tugas biasa beliau sebagai penghubung utama antara bahagian pertahanan dan penyerang  manakala Lucas sebagai holding midfielder dan ball winner pasukan . 

Untuk mancapai sasaran 4 tempat teratas dalam liga musim ini, Liverpool perlu banyak mengutip mata penuh bukan sahaja ditempat sendiri, malah ditempat lawan. Oleh itu Liverpool perlu mengekalkan permainan menyerang dan passing game  bagi memberikan lebih peluang menjaringkan gol dan seterusnya mengutip tiga mata penuh. 

YNWA

No comments:

Post a Comment