Friday, August 23, 2013

Preview : Aston Villa vs Liverpool

Sabtu ini (24 Ogos), Liverpool akan bertemu Aston Villa ditempat lawan untuk perlawanan Liga Perdana Musim 2013/2014. Ini merupakan perlawanan kedua bagi Liverpool dan ketiga bagi Villa bagi kempen Liga musim ini. Untuk rekod, Liverpool dikejutkan oleh Aston Villa dengan kekalahan 1-3 di Anfield  pada musim lepas.  Keputusan ini amat mengejutkan kerana pertemuan sebelum itu pada musim yang sama, Liverpool telah mengalahkan Aston Villa 2-1 ditempat lawan.



Bagi pertemuan Sabtu ini, Liverpool mempunyai sedikit kelebihan kerana Aston Villa telah bermain dua perlawanan dalam tempoh lima hari ( Arsenal, Chelsea)  manakala Liverpool  tidak bermain di pertengahan minggu ini dan mempunyai tempoh 7 hari untuk membuat persediaan menentang Villa.  Brendan Rogers semestinya mengambil kesempatan ini untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai taktik permainan Villa semasa menentang Chelsea.

Corak Permainan Aston Villa

Penjaga Gol

Brad Guzan merupakan penjaga gol yang baik dan telah beraksi cemerlang setakat dua perlawanan menentang Arsenal dan Chelsea. Walaupun sebagai penjaga gol, ini tidak menghalang  beliau untuk kerap membuat hantaran kepada penyerang dan midfield Villa melalui  sepakan terus dan balingan jarak jauh ke attacking third area .


Saturday, August 17, 2013

Review : Liverpool - Stoke : 1 - 0

Liverpool F.C menang perlawanan pembukaan EPL musim 2013/2014 dengan kemenangan tipis 1-0 keatas Stoke City.

Walaupun menang dengan satu jaringan sahaja, Liverpool menguasai permainan dan melancarkan banyak serangan berbahaya  terutama pada separuh masa pertama. Gandingan Countinho-Sturridge-Aspas nampak berkesan dalam memporak-perandakan pertahanan Stoke namun ketumpulan penyudah dan juga percubaan-percubaan yang terkena palang dan tiang gol lawan menghalang Liverpool dari kenduri gol.

Mengenai kesebelasan utama Liverpool, ramalan saya hampir sama dengan pilihan Brendan Rogers - namun jurulatih Liverpool memilih Henderson dalam starting line up dan cuma memasukkan Rahim Sterling pada separuh masa kedua.

Brendan Roger's  Starting Line Up -  Goalkeeper :Mignollet, Defense: Toure, Agger, Enrique, Johnson Midfield: Gerrard, Lucas, Countinho, Henderson, Aspas  Penyerang : Sturridge



Penjaga Gol

Pada awal permainan , Mignolet jarang diuji namun beliau kelihatan sedikit gugup terutama clearance-celarance lewat beliau hampir dua kali menghukum diri, namun selepas iru, penjaga gol Liverpool yang baru itu  bermain dengan cemerlang dengan  menyelamatkan sepakan penalti minit-minit terakhir lawan yang gagal disempurnakan oleh Walters . Beliau bukan sahaja menggagalkan tendangan Walters,  malah turut menyelamatkan cubaan follow-up oleh Jones yang hampir pasti masuk ke gawang Liverpool jika tidak dihalang oleh Mignolet.

Sebelum Walters mengambil sepakan penalti, statistik menunjukkan hampir kesemua  tandangan penalti Walters akan ditujukan ke sebelah kiri bawah pintu gol dan Mignolet ternyata telah mengagak dan cepat merebahkan badan kesudut tersebut untuk menepis tendangan Walters.


Tuesday, August 13, 2013

Preview : Liverpool vs Stoke City

Liverpool FC akan memulakan kempen Liga Perdana 2013/2014 dengan menentang Stoke City di tempat sendiri pada 17 Ogos 2013 (Sabtu). Sebagai perlawanan pembukaan musim , persembahan dan keputusan perlawanan pertama terutamanya ditempat sendiri amat penting bagi mengambarkan kekuatan dan potensi sebenar sesebuah pasukan.

Rekod pertemuan Liverpool dengan pasukan Stoke City pada musim lepas adalah tidak memberangsangkan dimana Liverpool tumpas 1-3 di tempat lawan dan hanya mampu seri 0-0 di Anfield.


Pada musim lepas, Liverpool memulakan perlawanan pembukaan dengan langkah kiri apabila tunduk 0-3 kepada West Brom ditempat lawan . Keputusan itu  menunjukkan bahawa jurulatih baru Liverpool pada masa itu - Brendan Rogers menghadapi tugas yang amat berat dan berliku  untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool FC. Menambahkan lagi keperitan ,  Liverpool tunduk kepada West Brom yang dibimbing oleh bekas urulatih Liverpool - Steve Clarke.

Bagi musim ini, Liverpool telah membeli beberapa pemain baru antaranya - Kolo Toure (pertahanan tengah), Luis Alberto (Penyerang/Tengah), Iago Aspas (Penyerang) dan Simon Mignolet (Penjaga Gol). Pemain -pemain ini diharap dapat menyuntik semangat baru kepada pasukan Liverpool untuk memperbaiki persembahan dan prestasi pasukan.

Walaubagaimanapun perlu diingat, Liverpool akan turun tanpa penjagagol  berpengalaman - Pepe Reina yang dipinjamkan ke Napoli dan juga tanpa Luis Suarez yang digantung 10 perlawanan atas kesalahan mengigit pemain Chelsea - Ivanovic pada musim lepas. Selain daripada itu, Steve Downing juga dalam proses perpindahan ke West Ham.

Melihat kepada pasukan Stoke City pula, Liverpool perlu memberi perhatian terhadap pemain penyerang mereka Jack Walters dan Kenwyne Jones yang menjadi pemusnah utama Liverpool semasa tunduk 1-3 pada musim lepas. Stoke menduduki tangga ke-13 liga berbanding Liverpool ditangga ke tujuh pada musim lepas.

Selain daripada itu,  Liverpool bakal berhadapan dengan tiga bekas pemainnya iaitu Charlie Adam, Jermaine Pennant,  dan penyerang tinggi lampai - Peter Crouch. Charlie Adam yang bermain dengan pasukan Stoke sejak musim lepas juga pasti ingin mengulang kejayaan membantu 'memalukan' bekas pasukannya di Anfield. Berdasarkan rekod lepas, beliau pernah menjaringkan gol dan membantu bekas pasukannya Blackpool mengalahkan Liverpool di Anfield pada musim 2010-2011.

Walaubagaimanapun saya yakin Liverpool mampu untuk menang untuk aksi kali ini. Ini kerana Liverpool dengan gandingan pemain-pemain  muda yang lincah seperti Couthinho, Sturridge, Aspas, Luis Alberto dan Sterling dengan bantua pemain berpengalaman seperti Gerrard, Lucas, Agger dan Toure, mampu untuk memporak perandakan Stoke lebih-lebih lagi apabila bermain di Anfield dengan sokongan the 12th Man - The Kopites!

Barisan Ramalan Saya

Penjaga Gol : Simon Mignolet

Pertahanan : Agger, Toure, Johnson, Enrique

Tengah : Gerrard, Lucas, Sterling, Coutinho

Penyerang : Sturridge, Aspas



Ramalan saya:



Liverpool :  3 - Stoke City : 1

Saturday, August 10, 2013

Rooney ganti Suarez?

Liverpool FC sedang dalam dilema untuk menghadapi musim 2013-2014 apabila penyerang utama dan sensasinya Luis Suarez bertekad untuk berpindah ke Kelab lain yang layak bermain dalam Champion League musim hadapan.

Arsenal menjadi penbida utama setakat ini yang menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut dengan tawaran harga kira-kira 40 juta pound. Liverpool pula bertegas tidak mahu menjual pemain tonggak utama lebih-lebih lagi Liverpool dalam fasa untuk mengembalikan kegemilangan pencapaian pasukan yang agak merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Brendan Rogers jurulatih Liverpool yang masuk tahun kedua melatih Liverpool optimis dengan masa hadapan Liverpool dan telah mensasarkan pencapaian top 4 untuk musim ini . 3 anak tangga lebih tinggi dari pencapaian tangga ketujuh musim lepas.

Target ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya Liverpool kehilangan Suarez. Walaubagaimanapun,
persoalannya adakah Liverpool ingin mengekalkan beliau sekiranya pemain itu sendiri tidak menunjukkan minat untuk kekal bersama Liverpool. Mengikut pemain  lagenda Liverpool yang baru bersara baru-baru ini Jamie Carragher, Suarez dilaporkan sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak berminat bermain dengan Liverpool apabila beliau kurang menunukkan komitmen semasa sesi latihan. Beliau dikatakan tidak meminta bola dan kurang 'ghairah' semasa sesi latihan.