Ulasan Aku
pemerhatian berdasarkan statistik (whoscored, EPL stat)
- serangan tertumpu di bahagian kanan
- lebih banyak percubaan dlm penalty area berbanding luar
- penyudah kurang bagus
- agak aggresive
- banyak kesilapan individu
- kesilapan banyak dalam goal area ( * kurang marking- Firmino)
Pass
- lebih banyak sedikit pass berbanding Watford
- lebih banyak short pass banding long ball 400:71
Aku Sokong Liverpool
Penyokong setia Liverpool FC
Sunday, August 13, 2017
Monday, September 16, 2013
Preview – Swansea – Liverpool
Preview : Swansea - Liverpool
Liverpool akan bertandang ke Swansea esok dengan azam untuk merampas semula kedudukan tempat teratas yang telah dipintas oleh dua pasukan - Arsenal dan Spurs yang masing-masing telah bermain lebih satu perlawanan. Kedua-dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama dengan Liverpool walaubagaimanapun kelebihan jaringan membolehkan mereka memintas Liverpool.
Liverpool memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk mengekalkan kedudukan tempat teratas namun berdasarkan prestasi cemerlang 100% kemenangan tanpa bolos, Liverpool pasti mensasarkan lebih dari satu mata.
Peluang ini juga perlu diambil Liverpool untuk menjarakkan kedudukan dengan pasukan-pasukan elit yang lain seperti Manchester United, Chelsea dan Manchester City yang masing-masing telah keciciran mata hasil dari kekalahan dan seri pada perlawanan-perlawanan terdahulu.
Lawan Liverpool untuk perlawanan keempat English Premier League (EPL) - Swansea merupakan kelab yang pernah dibimbing oleh Brendan Rogers (BR) dari 2010-2012. Sepanjang tempoh itu, Swansea merupakan pasukan yang menarik perhatian pemerhati kerana mengamalkan corak hantaran ala tiki taka seperti pasukan terbaik sepanjang zaman - Barcelona. Walaupun ada yang mengulas bahawa tiki taka ala Swansea lebih kepada hantaran dan penguasaan bola di kawasan sendiri berbanding Barca yang lebih menguasai bola di kawasan lawan, gaya permainan dan pencapaian mereka boleh dibanggakan lebih-lebih lagi bagi pasukan kerdil yang pertama kali bemain liga utama semenjak EPL diperkenalkan pada 1992.
Pada musim lepas, Swansea merupakan antara pasukan yang mempunyai statistik jumlah hantaran tertinggi selepas MU dan Arsenal di samping mengamalkan permainan possession football.
Setelah BR beralih ke Liverpool, Swansea melantik bekas pemain terkemuka dunia – Michael Laundrup sebagai jurulatih. Michael seorang pemain midfield terkemuka dunia semasa bermain dengan pasukan kebangsaan Denmark, beliau juga merupakan antara beberapa orang pemain yang pernah mewakili dua kelab seteru utama dunia di Sepanyol iaitu Barcelona (1989-94) dan Real Madrid ( 1994-96).
Kesinambungan gaya permainnan yang diterapkan oleh Brendan Rogers diteruskan oleh jurulatih baru Swansea - Laundrup yang mengamalkan falsafah permainan yang dipelajari dari bekas jurulatihnya di Barcelona – Johan Cryuff yang merupakan jurulatih dan pemain lagenda yang mengamalkan konsep total football dalam modern football.
Sementara itu, Laundrup telah memulakan perang psikologi menjelang perlawanan ini dengan mempertikaikan penampilan semula Daniel Sturridge yang cedera sebelum ini dan terpaksa melepaskan tanggungawab bermain dengan pasukan kebangsaan England dalam menghadapi pasukan Maldova dan Ukraine dalam pusingan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.
Walaubagaimanapun dakwaan ini pantas disangkal oleh Brendan Rogers dan Sturridge yang menjelaskan bahawa Sturridge benar-benar ingin bermain dengan pasukan kebangsaan dan kecederaan Sturridge telah disahkan oleh pasukan perubatan FA England dan bukan Liverpool!
Satu lagi "drama kecil" yang dikhuatiri akan mengganggu kapten pasukan Steven Gerrard ialah insiden yang berlaku semasa sesi latihan semalam. Seorang 'peminat' yang menyaksikan latihan pasukan Liverpool dari tembok pagar telah menjerit kearah Gerrard dan mengugut untuk membunuh Gerrard dan anaknya. Berdasarkan photo, Gerrard nampak sedikit terganggu dan beliau kelihatan ingin membalas tindakan bodoh "peminat' tersebut sebelum beliau dihalang oleh salah seorang jurulatih Liverpool.
Analisis permainan Swansea
Dari segi prestasi setakat 3 perlawanan pertama EPL musim ini, pencapaian Swansea agak sederhana. Kalah 1-4 ditempat sendiri kepada penyandang juara MU diperlawanan sulung, tewas 0-1 kepada Spurs ditempat lawan sebelum memperbaiki kedudukan dengan kemenangan pertama 2-0 di West Brom.
Pertahanan
Bek tengah Swansea nampak agak lemah terutama semasa tewas 1-4 kepada MU. Mereka gagal mengekang penyerang profilik MU – Robin Van Persie dan Tony Welbeck.
Midfield
Dalam perlawanan dengan Spurs ditempat lawan, walaupun Swansea tewas 0-1 namun mereka membuat jumlah passing lebih banyak berbanding Spurs. (542- 490) dan kebanyakannya adalah short passes ( 462 dari 542).
Penyerang
Pemain yang perlu diberi perhatian ialah – Pablo Hernandez, Wilfried Bony dan Michu. Dengan kemunculan Bony sebagai penyerang baru musim ini, Hernandez dan Michu akan lebih memainkan peranan sebagai midfield menyerang. Bony merupakan penyerang yang berbahaya dikotak penalti. Beliau mempunyai penyudah tajam samada melalui tandukan dan tendangan.
Liverpool perlu mengekang Pablo Hernandez yang lincah dan berkeupayaan menjaringkan gol dan sudah semestinya -Michu penjaring utama Swansea musim lepas merupakan pemain berbahaya yang mempunyai corang serangan dengan larian pantas dari kawasan sendiri terus ke kawasan lawan. Dengan kehadiran penyerang baru - Wilfried Bony, Michu boleh kembali bermain diposisi kegemarannya iaitu dibelakang striker utama yang mana beliau akan mempunyai lebih ruang untuk membuat serangan.
Analisa permainan Liverpool
Penjaga Gol
Tidak syak lagi Simon Mignollet akan diturunkan. Beliau masih belum bolos dan telah menyelamatkan penalti sewaktu menentang Stoke selain daripada menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya setakat ini. Cuma beliau perlu berhati-hati semasa bermain one-two dengan pemain pertahanan.
Pertahanan
Brendan sudah pasti akan menghadapi 'kesukaran' untuk memilih bek tengah yang akan berpasang dengan Daniel Agger. Kolo Toure yang beraksi cemerlang pada dua perlawanan awal sebelum cedera dan direhatkan sewaktu menentang MU sudah kembali pulih dan cergas untuk bermain. Masalahnya Sketarl yang kelihatan akan diketepikan oleh Brendan pada musim ini telah menjalankan tugas cemerlang sewaktu membantu Liverpool menang ke atas MU 1-0.
Pertahanan kiri - Glenn Johnson pula nampak tidak akan dapat beraksi menentang Swansea dengan kecederaan yang masih belum pulih. Tempat beliau berkemungkinan akan diganti oleh. pemain muda iaitu Martin Kelly. Walaupun masih muda , Martin pernah beraksi beberapa kali tahun lepas termasuk dipilih mewakili skuad kebangsaan England dalam Euro 2012.
Pertahanan kiri pula sudah pasti akan digalas oleh Jose Enrique yang bermain cemerlang setakat ini. Beliau seperti biasa, kerap naik keatas untuk membantu serangan dan agak sukar ditewaskan oleh pemain lawan dalam situasi satu lawan satu .
Midfield
Kombinasi Lucas dan Gerrard sudah pasti akan diturunkan sebagai holding midfielder dengan Gerrad akan lebih membantu bahagian atas.
Coutinho sudah pasti akan bermain namun berkemungkinan Brendan akan meletakkan Coutinho ditengah berbanding sebelah kiri.
.
Diposisi sayap kanan pula apakah Brendan akan memilih Henderson yang agak solid atau Aspas yang masih kelihatan belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas Liga Inggeris. Henderson boleh membantu serangan dengan larian keatas sekaligus membuka ruang kepada pemain Liverpool lain untuk membuat serangan dan beliau juga rajin turun kebawah untu membantu pertahanan.
Persoalan menarik sudah pasti samada Brendan akan menurunkan pemain-pemain baru seperti Victor Moses, Cissokho, Mamadou Sakho dan Tiago Ilori. Walaubagaimanapun saya menjangka kedua-dua pertahanan tengah yang baru iaiti Sakho dan Ilori mungkin terlalu awal untuk diturunkan dalam perlawanan liga sebaliknya Brendan mungkin akan memberi mereka peluang semasaa perlawanan kurang penting seperti Piala Liga dan perlawanan awal Piala FA kelak.
Walaubagaimanapun, Victor Moses yang dipinjam dari Chelsea baru-baru ini wajar diberi peluang untuk bermain disayap kiri. Victor atau Rahim Sterling kedua-duanya mempunyai kepantasan untuk menerajui sayap kiri.
Penyerang
Daniel Sturridge hampir pasti diturunkan berdasarkan prestasi cemerlang setakat ini. Beliau telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan liga walaubagaimanapun, kecergasan beliau mungkin tidak mencapai 100% kerana baru pulih dari kecederaan.
Formasi
BR sudah pasti akan mengekalkan formasi 4-2-3-1 yang sangat efektif bagi Liverpool setakat ini. Barisan kemungkinan Liverpool adalah :-
Penjaga Gol : Simon Mignollet
Pertahanan tengah : Toure (Kanan), Agger (Kiri)
Pertahanan Kanan :Martin Kelly
Pertahanan Kiri : Jose Enrique
Holding Midfielder : Lucas
Deep Lying Midfielder : Gerrard
Sayap kiri : Victor Moses
Tengah : Coutinho
Sayap Kanan : Henderson
Penyerang : Daniel Sturridge
Friday, August 23, 2013
Preview : Aston Villa vs Liverpool
Sabtu ini (24 Ogos), Liverpool akan bertemu Aston Villa ditempat lawan untuk perlawanan Liga Perdana Musim 2013/2014. Ini merupakan perlawanan kedua bagi Liverpool dan ketiga bagi Villa bagi kempen Liga musim ini. Untuk rekod, Liverpool dikejutkan oleh Aston Villa dengan kekalahan 1-3 di Anfield pada musim lepas. Keputusan ini amat mengejutkan kerana pertemuan sebelum itu pada musim yang sama, Liverpool telah mengalahkan Aston Villa 2-1 ditempat lawan.
Bagi pertemuan Sabtu ini, Liverpool mempunyai sedikit kelebihan kerana Aston Villa telah bermain dua perlawanan dalam tempoh lima hari ( Arsenal, Chelsea) manakala Liverpool tidak bermain di pertengahan minggu ini dan mempunyai tempoh 7 hari untuk membuat persediaan menentang Villa. Brendan Rogers semestinya mengambil kesempatan ini untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai taktik permainan Villa semasa menentang Chelsea.
Penjaga Gol
Brad Guzan merupakan penjaga gol yang baik dan telah beraksi cemerlang setakat dua perlawanan menentang Arsenal dan Chelsea. Walaupun sebagai penjaga gol, ini tidak menghalang beliau untuk kerap membuat hantaran kepada penyerang dan midfield Villa melalui sepakan terus dan balingan jarak jauh ke attacking third area .

Corak Permainan Aston Villa

Saturday, August 17, 2013
Review : Liverpool - Stoke : 1 - 0
Liverpool F.C menang perlawanan pembukaan EPL musim 2013/2014 dengan kemenangan tipis 1-0 keatas Stoke City.
Walaupun menang dengan satu jaringan sahaja, Liverpool menguasai permainan dan melancarkan banyak serangan berbahaya terutama pada separuh masa pertama. Gandingan Countinho-Sturridge-Aspas nampak berkesan dalam memporak-perandakan pertahanan Stoke namun ketumpulan penyudah dan juga percubaan-percubaan yang terkena palang dan tiang gol lawan menghalang Liverpool dari kenduri gol.
Mengenai kesebelasan utama Liverpool, ramalan saya hampir sama dengan pilihan Brendan Rogers - namun jurulatih Liverpool memilih Henderson dalam starting line up dan cuma memasukkan Rahim Sterling pada separuh masa kedua.
Brendan Roger's Starting Line Up - Goalkeeper :Mignollet, Defense: Toure, Agger, Enrique, Johnson Midfield: Gerrard, Lucas, Countinho, Henderson, Aspas Penyerang : Sturridge
Penjaga Gol
Pada awal permainan , Mignolet jarang diuji namun beliau kelihatan sedikit gugup terutama clearance-celarance lewat beliau hampir dua kali menghukum diri, namun selepas iru, penjaga gol Liverpool yang baru itu bermain dengan cemerlang dengan menyelamatkan sepakan penalti minit-minit terakhir lawan yang gagal disempurnakan oleh Walters . Beliau bukan sahaja menggagalkan tendangan Walters, malah turut menyelamatkan cubaan follow-up oleh Jones yang hampir pasti masuk ke gawang Liverpool jika tidak dihalang oleh Mignolet.
Sebelum Walters mengambil sepakan penalti, statistik menunjukkan hampir kesemua tandangan penalti Walters akan ditujukan ke sebelah kiri bawah pintu gol dan Mignolet ternyata telah mengagak dan cepat merebahkan badan kesudut tersebut untuk menepis tendangan Walters.

Tuesday, August 13, 2013
Preview : Liverpool vs Stoke City
Liverpool FC akan memulakan kempen Liga Perdana 2013/2014 dengan menentang Stoke City di tempat sendiri pada 17 Ogos 2013 (Sabtu). Sebagai perlawanan pembukaan musim , persembahan dan keputusan perlawanan pertama terutamanya ditempat sendiri amat penting bagi mengambarkan kekuatan dan potensi sebenar sesebuah pasukan.
Rekod pertemuan Liverpool dengan pasukan Stoke City pada musim lepas adalah tidak memberangsangkan dimana Liverpool tumpas 1-3 di tempat lawan dan hanya mampu seri 0-0 di Anfield.
Pada musim lepas, Liverpool memulakan perlawanan pembukaan dengan langkah kiri apabila tunduk 0-3 kepada West Brom ditempat lawan . Keputusan itu menunjukkan bahawa jurulatih baru Liverpool pada masa itu - Brendan Rogers menghadapi tugas yang amat berat dan berliku untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool FC. Menambahkan lagi keperitan , Liverpool tunduk kepada West Brom yang dibimbing oleh bekas urulatih Liverpool - Steve Clarke.
Bagi musim ini, Liverpool telah membeli beberapa pemain baru antaranya - Kolo Toure (pertahanan tengah), Luis Alberto (Penyerang/Tengah), Iago Aspas (Penyerang) dan Simon Mignolet (Penjaga Gol). Pemain -pemain ini diharap dapat menyuntik semangat baru kepada pasukan Liverpool untuk memperbaiki persembahan dan prestasi pasukan.
Walaubagaimanapun perlu diingat, Liverpool akan turun tanpa penjagagol berpengalaman - Pepe Reina yang dipinjamkan ke Napoli dan juga tanpa Luis Suarez yang digantung 10 perlawanan atas kesalahan mengigit pemain Chelsea - Ivanovic pada musim lepas. Selain daripada itu, Steve Downing juga dalam proses perpindahan ke West Ham.
Melihat kepada pasukan Stoke City pula, Liverpool perlu memberi perhatian terhadap pemain penyerang mereka Jack Walters dan Kenwyne Jones yang menjadi pemusnah utama Liverpool semasa tunduk 1-3 pada musim lepas. Stoke menduduki tangga ke-13 liga berbanding Liverpool ditangga ke tujuh pada musim lepas.
Selain daripada itu, Liverpool bakal berhadapan dengan tiga bekas pemainnya iaitu Charlie Adam, Jermaine Pennant, dan penyerang tinggi lampai - Peter Crouch. Charlie Adam yang bermain dengan pasukan Stoke sejak musim lepas juga pasti ingin mengulang kejayaan membantu 'memalukan' bekas pasukannya di Anfield. Berdasarkan rekod lepas, beliau pernah menjaringkan gol dan membantu bekas pasukannya Blackpool mengalahkan Liverpool di Anfield pada musim 2010-2011.
Walaubagaimanapun saya yakin Liverpool mampu untuk menang untuk aksi kali ini. Ini kerana Liverpool dengan gandingan pemain-pemain muda yang lincah seperti Couthinho, Sturridge, Aspas, Luis Alberto dan Sterling dengan bantua pemain berpengalaman seperti Gerrard, Lucas, Agger dan Toure, mampu untuk memporak perandakan Stoke lebih-lebih lagi apabila bermain di Anfield dengan sokongan the 12th Man - The Kopites!

Barisan Ramalan Saya
Penjaga Gol : Simon Mignolet
Pertahanan : Agger, Toure, Johnson, Enrique
Tengah : Gerrard, Lucas, Sterling, Coutinho
Penyerang : Sturridge, Aspas
Ramalan saya:
Liverpool : 3 - Stoke City : 1
Sunday, August 11, 2013
Saturday, August 10, 2013
Rooney ganti Suarez?
Liverpool FC sedang dalam dilema untuk menghadapi musim 2013-2014 apabila penyerang utama dan sensasinya Luis Suarez bertekad untuk berpindah ke Kelab lain yang layak bermain dalam Champion League musim hadapan.
Arsenal menjadi penbida utama setakat ini yang menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut dengan tawaran harga kira-kira 40 juta pound. Liverpool pula bertegas tidak mahu menjual pemain tonggak utama lebih-lebih lagi Liverpool dalam fasa untuk mengembalikan kegemilangan pencapaian pasukan yang agak merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Brendan Rogers jurulatih Liverpool yang masuk tahun kedua melatih Liverpool optimis dengan masa hadapan Liverpool dan telah mensasarkan pencapaian top 4 untuk musim ini . 3 anak tangga lebih tinggi dari pencapaian tangga ketujuh musim lepas.
Target ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya Liverpool kehilangan Suarez. Walaubagaimanapun,
persoalannya adakah Liverpool ingin mengekalkan beliau sekiranya pemain itu sendiri tidak menunjukkan minat untuk kekal bersama Liverpool. Mengikut pemain lagenda Liverpool yang baru bersara baru-baru ini Jamie Carragher, Suarez dilaporkan sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak berminat bermain dengan Liverpool apabila beliau kurang menunukkan komitmen semasa sesi latihan. Beliau dikatakan tidak meminta bola dan kurang 'ghairah' semasa sesi latihan.

Subscribe to:
Posts (Atom)